Kelas ICT - Microsoft Office Word

13 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 12 September yang lalu, telah berlangsung Kelas ICT - Microsoft Office Word bersama komuniti PPR Taman Beringin. Kelas telah diadakan selama 1 jam dari pukul 3.00 petang sehingga 4.00 petang.

Peserta merupakan pelajar yang tidak mahir menggunakan komputer dan internet. Peserta ingin menggunakan komputer untuk mencipta Jadual Kelas menggunakan aplikasi Microsoft Office Word. Peserta diajar menggunakan fungsi-fungsi di dalam Microsoft Office Word seperti jenis Font, saiz font, penggunaan simbol, Save fail dan banyak lagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali